Lana Bagi Upah

on Saturday, June 20, 2015

Beberapa jam lalu aktres Lana Nodin telah memuat naik video suaminya, David McKienzie yang tidak sabar untuk menjamah masakannya setelah seharian berpuasa.
Banyak komen memuji Lana kerana pandai menjaga dan mengambil hati suami selain rajin memasak.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian pengikut Instagramnya kerana gelagat David yang bersungguh-sungguh bertutur dalam bahasa Melayu dengan sedikit pelat untuk menerangkan apa yang dimasak oleh isterinya itu.
“Hari ini, isteri saya masak ayam penyet,” katanya yang kemudiannya disambut kembali oleh Lana dengan pertanyaan sama ada suaminya itu berpuasa atau tidak.
Pada video tersebut tertera kapsyen, Lana memberitahu bahawa tahun ini merupakan kali pertama suami kesayangannya itu berpuasa dan berbuka bersama keluarganya.Malah, disebabkan suaminya itu tidak sabar untuk berbuka, dia juga mengambil keputusan untuk mengusik Lana di dapur.
Lana Bagi Upah Apabila Suami Puasa
“First time my hubby @david_mckienzie berpuasa this year n dpt berbuka with my family so kena masak sedap2 untuk dia sebagai upah belajar berpuasa…well done sayang, proud of u…love u so much.
“My hubby @david_mckienzie sibuk kacau org kat dapur…tak sabar nak berbuka la tu…sian, budak bau belajar berpuasa hehe.” tulisnya.
Lana dan David yang juga merupakan pemain bola tampar pasukan Amerika Syarikat di peringkat Olimpik mendirikan rumah tangga pada 15 Mei lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Cahaya 2015 All Rights Reserved