"Saya Suka Lelaki Yang Merokok",Miera Liyana

on Tuesday, May 19, 2015


#Ketika ini, sering kelihatan Afiq Muiz memuatnaik gambar dirinya bersama dgn pelakon Miera Liyana di Instagram. Tidak mudah melatah, Afiq mengakui bahawa Miera merupakan rakan wanita paling rapat dengannya ketika ini.

#“Setakat ini, Miera adalah kawan wanita yg paling rapat dGn saya & saya selesa bersamanya. Malah ibu saya juga menyenangi Miera. Namun, bila berbicara soal jodoh, ianya masih terlalu awal utk ke peringkat yg lebih serius.

#“Biarlah fokus saya dalam bidang kerjaya terlebih dahulu,” katanya. Menurut Afiq lagi, dia & juga Miera mulai rapat setelah digandingkan dalam adaptasi, Memori Cinta Suraya selain mengakui rezekinya kini di dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

#“Alhamdulillah, ada hikmahnya atas apa yg terjadi (perselisihan faham dengan ibu sendiri) & kini saya berdiri tanpa memandang ke belakang lagi. Malah, jika dibandingkan dgn dahulu, hidup saya kini lebih tenang.

#Dari segi kerjaya pula, saya bersyukur kerana masih lagi diberikan rezeki dalam bidang ini. Malah, saya tidak menyangka masih ramai penerbit & pengarah yg menghargai bakat & kebolehan saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Cahaya 2015 All Rights Reserved